Pengertian Imam dan Keistimewaannya

Imam

Pengertian Imam
Imam pada bahasa ialah pemimpin, penganjur, ketua, penunjuk jalan atau arah atau tempat atau seorang yang di hadapan. Istilah pula ialah pemimpin rohani yang membantu dan membimbing ke arah mencapai keredaan Allah s.w.t atau orang yg mengetuai solat berjemaah.

Pengertian Bilal
Orang yg kerjanya memperdegarkan azan apabila masuk waktu solat atau tukang bang atau tukang azan atau muazin. Dalil Naqli, Firman Allah s.w.t: dalam Maksudnya

Kami Telah menjadikan mereka itu sebagai pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah kami dan Telah kami wahyukan kepada, mereka mengerjakan kebajikan, mendirikan solat, menunaikan zakat, dan Hanya kepada kamilah mereka selalu menyembah.                                                                        
                                                                                                   Surah al-Anbiyaa’ ayat 73

Keistimewaan Peribadi Imam
1. Lebih faham dalam persoalan agama
2. Lebih banyak membaca al-Quran dan hadis
3. Lebih dahulu hijrah
4. Lebih dulu Islam
5. Taqwa
6. Lebih dewasa
7. Mulia keturunan
8. Baik sejarah hidup
9. Baik rupa paras
10.Telah berkahwin

Syarat Sah Menjadi Imam
1. Islam
2. Berakal
3. Baligh
4. Lelaki sekiranya makmum lelaki atau khunsa
5. Bersih daripada hadas kecil dan besar
6. Baik dalam bacaan dan mengetahui rukun-rukun solat
7. Bukan makmum dalam masa yang sama

Etika Seorang Imam
1. Berilmu beramal
2. Berakhlak mulia
3. Jauh daripada fitnah dan tohmahan
4. Cara hidup yang bersih
5. Disukai oleh jemaah

Sebelum seseorang menjalankan tugas sebagai imam, terlebih dahulu mengetahui secara terperinci beberapa panduan dan tanggungjawab yang berkaitan dengan imam agar solat jemaah menjadi lebih sempurna. Menurut Imam Ghazali terdapat enam tugas imam sebelum melaksanakan solat berjemaah, iaitu:

1. Disenangi makmum
2. Menjaga waktu dengan menunaikan solat di awal waktu.
3. Ikhlas menjadi imam semata-mata kerana Allah s.w.t dan tidak boleh menuntut upah
4. Memeriksa Saf
5. Menyaringkan takbiratul ihram dan semua takbir.
6. Menjaga adab solat seperti membaca doa iftitah dan istiazah secara senyap (sir), membaca
secara nyaring (jahar) bacaan yang perlu dikuatkan.
7. Menjaga tempat yang perlu berhenti sebentar antara takbiratul ihram dengan fatihah, antara fatihah dengan surah dan antara surah dengan rukuk.
8. Meringankan semua aktiviti yang berkaitan dengan solat sama ada yang berkaitan dengan rukun atau sunat terutamanya apabila makmum yang terlalu ramai.