Kem Bestari Solat Bahan Bantu Mengajar

Kem Bestari Solat (KBS) adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk murid dapat menguasai wuduk dan menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. Aktiviti dilaksanakan secara intensif disatu tempat khusus mengikut kesesuaian sesebuah sekolah.


Antara objektif yang hendak dicapai dalam Kem Bestari Solat adalah:
Berwuduk dengan sempurna.
Membaca dan menghafaz bacaan tahiyat awal dan akhir dan doa qunut.
Melakukan perlakuan solat dan bacaannya dengan betul.

Itu antara objektif asas yang perlu dicapai untuk murid sekolah rendah, pelaksaan Kem Bestari Solat ini, perlu diadakan sekurang-kurangnya 4 Kali setahun, dan boleh juga lebih mengikut kesesuaian sekolah dan bajet.

BBM KBS

Pihak sekolah juga boleh melakukan Kem Bestari Solat ini secara serentak untuk semua tahun dan boleh juga diadakan secara berasingan. Guru-guru perlu menggunakan Buku Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat dengan baik mengikut sesesuaian murid.

Sememangnya Kem Bestari Solat ini sangat penting untuk semua pelajar, oleh itu pelaksaannya hendaklah dibuat dengan rapi dan teratur. Guru-guru boleh mendapatkan bahan bantu mengajar untuk Kem Bestari Solat di bawah:


BAHAN BANTU MENGAJAR KEM BESTARI SOLAT: MUAT TURUN

Bahan yang terdapat di dalam file tersebut adalah: 
Bacaan Solat
Perkara yang membatalkan solat
Perkara yang membatalkan wuduk
Syarat Sah Solat
Syarat Wajib Solat