Doa Untuk MH370

Kehilangan Pesawat MAS MH370 benar-benar memberi kesan seluruh dunia, terutamanya kepada Negara Malaysia. Seluruh rakyat berbicara tentangnya, doa dari rakyat Malaysia tidak pernah putus-putus mengharapkan rahmat Allah membantu menyelamatkan mereka yang terlibat.

Kehilangan MH370 ini benar-benar misteri yang belum dapat dirungkaikan lagi, pelbagai spekulasi tersebar terutamanya di media sosial dan di blog. Sebagai umat Islam yang mempercayai Qada' dan Qadar Allah, hendaklah menerima ujian ini dengan reda.

Antara doa yang boleh dibaca adalah:

Doa untuk MH370
Kita juga jangan lupa untuk sentiasa melakukan solat hajat dan taubat, agar ujian yang Allah berikan ini dapat diberikan petunjuk dan memudahkan misi mencari dan menyelamat penumpang MH370 ini. Tiadak dinafikan pelbagai alat dan teknologi canggih digunakan dalam mencari MH370 ini.. sehingga hari ini hari ke 8, belum dapat dikesan lagi. Sama-samalah kita menadah tangan berdoa kepada Allah SWT:

" Ya Allah pemberi kembali yang hilang, pemberi petunjuk bagi sesat, pemandu keluar dari kesesatan. Kembalikan kepada kami barang kami yang hilang dengan kemuliaanMU dan kekuasaanMU, sesungguhnya itu dari pemberi dan kurnianMU... AMIN "

Apa yang diharapkan adalah Pesawat MH370 ini dapat dijumpai semula dan semua penumpang berada di dalam keadaan yang selamat. Walaubagaimanapun, jika ada perkara yang tidak diingini berlaku hendaklah kita semua reda dengan ketentuan Ilahi. DariNya kita datang kepadaNya jualah kita kembali.

Lukisan MH370

#PrayForMH370