Tips Ibu Bapa untuk Anak Cemerlang


Sebagai ibu-bapa kita sememangnya inginkan anak yang cemerlang di dalam pelajarannya, tidak kira sama ada dari segi akademik ataupun aktiviti kokurikulum. Ibu bapa yang prihatin akan sentiasa memastikan anak-anaknya diberi didikan yang terbaik supaya menjadi insan yang berguna dan berakhlak mulia.



Antara panduan untuk ibu bapa dalam memastikan anak-anaknya mendapat pendidikan yang terbaik adalah seperti berikut:

Ibu bapa perlu melibatkan diri dengan pihak sekolah.
Untuk melahirkan anak yang cemerlang, ibu bapa juga perlu 'cemerlang' iaitu turut sama melibatkan diri dengan pihak sekolah. Ramai ibu bapa yang cuba untuk mengelak dengan aktiviti di sekolah dengan alasan sibuk dengan kerja seharian, sehinggakan tidak pernah kenal guru yang mengajar anak-anak mereka, sebenarnya guru-guru sentiasa ingin berkomunikasi dengan penjaga, supaya pembelajaran di rumah juga tidak diabaikan.

Ikuti perkembangan pelajaran anak-anak.
Setiap tahun boleh dikatakan ibu bapa akan hadir ke sekolah untuk mengambil Rekod Kemajuan anak-anaknya, dan ketika itulah baru melihat prestasi anaknya. Untuk menjadi ibu bapa yang cemerlang, seharusnya ibu-bapa perlu memantau setiap subjek anak-anaknya, meneliti setiap subjek dan prestasi semasa, supaya setiap bulan ada peningkatan yang perlu dicapai.

Melatih Anak Berfikir.
Untuk meningkatkan kemahiran berfikir di kalangan anak-anak, ibu bapa juga perlu melatih anak-anaknya berfikir, aktiviti yang boleh merangsang minda dapat meningkatkan kemahiran berfikir dikalangan anak-anak, ibu bapa juga boleh memberi latihan menelesaikan teka silang kata, permainan uji minda dan bermain catur.

Tanamkan budaya membaca.
Budaya membaca di kalangan murid-murid masih ditahap yang rendah. Sebagai ibu bapa kita perlu terapkan budaya membaca di kalangan anak-anak, ibu-bapa boleh memberi hadiah buku kepada anak-anak agar dapat memupuk minat membaca sejak kecil. Ibu-bapa juga perlu menjadi contoh dan tauladan kepada anak-anak dengan menjadikan amalan membaca sebagai aktiviti di rumah, menyediakan ruang bacaan yang dilengkapi bahan-bahan bacaan yang baik.

Latih anak bertanya.
Anak kecil selalunya suka bertanya, kerana sikap ingin tahu yang kuat semasa kecil, walaubagaimanapun sikap ini semakin pudar secara beransur-ansur disebabkan ibu bapa tidak merangsang anak-anaknya untuk bertanya. Ada 4 sebab anak bertanya iaitu:
Kerana tidak tahu.
Kerana tidak faham.
Kerana mahukan lebih info.
Bagi memastikan kefahamannya betul.