Pekeliling Pengesahan dalam Perkhidmatan

Setiap Penjawat Awam pasti menunggu bila dia akan disahkan dalam perkhidmatan, beberapa syarat yang perlu dilalui sebelum diperakukan dan disahkan dalam perkhidmatan. Selepas disahkan dalam perkhidmatan banyak kelebihan yang boleh diperolehi oleh seseorang yang bergelar sebagai penjawat awam.

Seseorang anggota tetap yang sedang berkhidmat dalam tempoh percubaan layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah memenuhi syarat-syarat seperti yang berikut: 

Syarat bagi:
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT)

a. Menjalani percubaan bagi tempoh 1 hingga 3 tahun; 
b. Hadir dengan jayanya Kursus Induksi /Program Transformasi Minda (PTM); dan 
c. Diperaku oleh Ketua Jabatan.

Syarat bagi:
Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP)

a. Menjalani percubaan bagi tempoh 1 hingga 3 tahun; 
b. Hadir dengan jayanya Kursus Induksi / PTM; 
c. Lulus Peperiksaan Perkhidmatan seperti yang disyaratkan mengikut Skim Perkhidmatan; dan 
d. Diperaku oleh Ketua Jabatan. 

Apakah senarai dokumen yang perlu dikemukakan setelah layak diperakukan ?

Bagi anggota dalam tempoh percubaan yang telah memenuhi semua syarat PDP dan telah berkhidmat tidak kurang dari tempoh percubaan minimum (satu tahun), Ketua Jabatan hendaklah mengambil salah satu tindakan seperti yang berikut: 

Senarai Borang Yang Perlu Dikemukakan:

a. Borang SPP/K/002 seperti di Lampiran I; 
b. Borang Jadual Ketiga
i. Pengesahan Dalam Perkhidmatan seperti di Lampiran II bagi anggota yang sedang berkhidmat di semua jenis Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah bukan PTJ; dan 
ii. Pengesahan Dalam Perkhidmatan seperti di Lampiran III bagi anggota yang sedang berkhidmat di agensi-agensi kecuali yang berkhidmat di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah bukan PTJ. 
c. Borang Jadual Kelima
i. Borang Opsyen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Mengikut Subseksyen 6A(1), Akta Pencen 1980 bagi anggota yang sedang berkhidmat di agensi-agensi kecuali yang berkhidmat di Sekolah Rendah/ Sekolah Menengah bukan PTJ seperti di Lampiran IV; 
atau 
ii. Borang Opsyen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Mengikut Subseksyen 6A(1), Akta Pencen 1980 bagi anggota yang sedang berkhidmat di semua jenis Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah bukan PTJ seperti di Lampiran V. 
d. Kenyataan Perkhidmatan anggota yang telah dikemaskinikan

Sekiranya anda dikenakan tindakan tatatertib, penetapan PDP adalah berdasarkan tempoh dibawah:

Penetapan Tarikh Pengesahan dalam Perkhidmatan sekiranya dikenakan Tindakan Tatatertib


Oleh yang demikian bagi mereka yang sedang dalam tempoh percubaan, hendaklah sentiasa menunjukkan sikap profesionalisme dan sentiasa membantu meningkatkan kemajuan diri dan jabatan. Ini kerana tempoh yang diberikan adalah 1-3 tahun, banyak perkara yang boleh dilihat oleh ketua jabatan dalam membuat penilaian, dan yang paling penting elakkan dari dikenakan tindakan tatatertib.

Diharapkan anda semua akan dipermudahkan urusan untuk disahkan dalam perkhidmatan. Sediakan juga maklumat dan dokumen yang lengkap bagi memudahkan proses pengesahan dalam perkhidmatan. rujuk PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 4 TAHUN 2013, TATACARA PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN DAN PEMBERIAN TARAF BERPENCEN 

Semoga berjaya.