Koleksi Mutiara Kata


Himpunan Mutiara kata, kata-kata mutiara, ayat motivasi, kata-kata hikmah, kata-kata yang memberi kesan, kata penguat jiwa, kata pemangkin motivasi, koleksi mutiara kata, yang boleh menjadi motivasi dalam kehidupan kita seharian:




Majulah dengan cara berfikir yang serba mungkin. Tiada yang mustahil. Bersiaplah menghadapi kesulitan dan percayalah tiada kesulitan yang tidak dapat diatasi. - Saiyidina Ali

Sifat seseorang itu tersembunyi disebalik lidahnya. - Saiyidina Ali

Tidak akan lepas seorang hamba Allah daripada syaitan, melainkan dengan ikhlas. - Imam Ghazali

Perkara paling berat adalah ikhlas kerana tiada nafsu pada keikhlasan. - Sahl bin Abdullah At-Tusturi

Apabila seorang hamba ikhlas maka terputuslah sifat ragu-ragu dan riyak daripadanya. - Abu Sulaiman Ad Darani

Siapa yang mengamalkan apa yang telah diketahui maka akan diberi taufik untuk mencapai apa yang belum diketahui. - Al- Auzaa'i

Sesiapa menempatkan dirinya di tempat yang dapat menimbulkan persangkaan, maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk kepadanya. - Khalifah Umar al-Khatab

Merangkak tetapi berjaya mencapai cita-cita itu lebih baik daripada berlari tetapi berhenti di tengah jalan. - Soekarno

Andai kata tidak ada alim ulama, pasti manusia seluruhnya bersifat seperti binatang. - Al-Hassan

Segala sesuatu yang ada bersandar pada kehendak Allah, sementara kehendak Allah tidak bersandar kepada apa pun. -  Ibnu Atha' illah

Ada cahaya yang hanya diizinkan Allah untuk sampai ke hati dan ada pula cahaya yang diizinkan Allah untuk masuk ke dalam hati. - Ibnu Atha'illah

Sebutlah Allah kerana itu adalah ubat dan janganmenyebut manusia kerana itu adalah penyakit. - Sayidina Umar

Politik sama sahaja, mereka berjanji membuat jambatan walaupun di tempat itu tiada sungai. - Nikita Krushchev

Kita tidak dapat memaksa diri bagi melupakan pengalaman bahkan pengalaman yang paling pahit sekalipun. - Dag Hammersjkold

Ahli falsafah juga tidak dapat menahan derita sakit gigi dengan sabar. - Shakespeare

Elakkan dirimu daripada menjadi pendakwah yang mengajak kepada kebaikan sekiranya kamu sendiri belum melaksanakannya.  - Imam al-Ghazali

Tidak ada yang dapat melepaskanmu daripada sifat burukmu kecuali apabila engkau menyedari sifat agung yang ada di sisi Allah. -  Ibnu Atha'illah