Contoh Perlembagaan Kelab Persatuan Unit Uniform


Kepada guru-guru yang ingin mendapatkan contoh perlembagaan Unit beruniform / persatuan / Kelab / Sukan & Permainan boleh rujuk contoh dibawah:


PERLEMBAGAAN UNIT BERUNIFORM/ PERSATUAN / KELAB/ SUKAN & PERMAINAN

1.  Nama :  Persatuan ini dinamakan KELAB BOLA TAMPAR, SK __________
2.  Alamat :          _______________________________

3.  Matlamat : Matlamat persatuan ini ialah :
                        3.1  Menanam minat cintakan  sukan  kepada pelajar-pelajar.
3.2    Menyedari pelajar bahawa aktiviti sukan adalah sebahagian daripada aktiviti harian.
3.3    Membantu pelajar mendapat kecemerlangan di dalam PKSR dan UPSR.
3.4    Menarik minat pelajar mengenai  teknik kesukanan  terutama di dalam aktiviti/program permainan bola tampar.
3.5    Bekerjasama di dalam kumpulan untuk menyelesaikan masalahnya.

4.  Objektif :    Objektif kelab/persatuan ini antara lain adalah untuk :
                                4.1  Melahir, memupuk dan menambahkan minat terhadap kelab sukan.
                                4.2  Memberi kesedaran pelajar-pelajar mengetahui undang-undang/peraturan persatuan.
                                4.3  Memupuk perasaan bangga terhadap persatuan sendiri.
                                4.4  Membantu pelajar lain untuk meninggikan pencapaian dalam persatuan ini.

5.  Keahlian :       Keahlian terbuka kepada murid-murid Tahun 4 hingga 6 yang berminat dan murid-murid yang telah ditetapkan.

6.  Tanggungjawab Ahli 
6.1  Setiap ahli mempunyai hak bersuara dalam menentukan sesuatu keputusan.
6.2  Ahli-ahli bertanggungjawab mematuhi dan mengambil tindakan yang berlunaskan Perlembagaan.
6.3  Setiap ahli Persatuan diwajibkan hadir atau mengambil bahagian dalam segala bentuk aktivit yang dianjurkan oleh Persatuan. Mereka yang tidak dapat berbuat demikian hendaklah memberitahu Ahli Jawatankuasa dengan memberi sebab yang munasabah.
6.4 Sebarang tindakan yang diambil hendaklah diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa.

7.  Pentadbiran :
7.1       Penaung  :  Guru Besar
7.2       Penasihat :  Guru Penasihat Persatuan / Kelab.
     1.  _______________
     2.  ________________

7.3          AJK :
                Persatuan ini ditadbirkan sepenuhnya oleh Ahli Jawatankuasa Persatuan yang dipilih dalam
              Mesyuarat Tahunan yang diadakan pada awal tiap-tiap tahun.              

7.3.1    Pengerusi: 
7.3.2    Naib Pengerusi: 
7.3.3    Setiausaha: 
7.3.4    Naib Setiausaha: 
7.3.5    Bendahari: 
7.3.6    Naib Bendahari : 
7.3.7    Ahli Jawatankuasa: 1. 
                                        2. 

7.4          Tugas dan Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa :
7.4.1       Pengerusi
-          mempengerusikan setiap mesyuarat yang diadakan.
-          mengadakan mesyuarat dari semasa ke semasa dan juga tahunan.
-          meneliti catatan mesyuarat dan mempastikan segala tindakan yang diputuskan dalam  mesyuarat telah diambil.
-          membincangkan segala program dan aktiviti tahunan persatuan dengan Guru Penasihat.
-          memastikan aktiviti Persatuan berjalan dengan licin dan mendapat sambutan.
7.4.2       Naib Pengerusi
-          membantu Pengerusi dalam menjalankan tugas dan  tanggungjawabnya.
-          menggantikan Pengerusi dalam mana-mana mesyuarat jika Pengerusi tidak dapat hadir
7.4.3       Setiausaha
-          mencatat minit  mesyuarat dan mengedarkannya kepada ahli.
-          menyediakan laporan penggal/tahunan untuk Guru Penasihat.
-          menguruskan minit mesyuarat.
-          menjemput ahli-ahli untuk menghadiri mesyuarat tahunan.
7.4.4       Naib Setiausaha
-          membantu setiausaha dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya.
7.4.5       Bendahari
-          mengutip yuran
-          menyerahkan segala kutipan kepada Guru Penasihat.
-          mencatatkan segala perbelanjaan persatuan.
-          mengemukakan  penyata kewangan dalam mesyuarat.
7.4.6       Naib Bendahari
-          membantu bendahari dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya.
7.4.7       Ahli Jawatankuasa
-          membantu dalam perancangan dan pelaksanaan  segala aktiviti  persatuan.

8.  *Kewangan : (jika ada)
8.1  Yuran : Setiap kutipan yuran harus mendapat kebenaran pihak sekolah.  Setiap ahli dikenakan yuran sebanyak -----.
            8.2  Kutipan yuran dan wang yang dikumpulkan hanya boleh digunakan untuk aktiviti Persatuan
                     mengikut peraturan.
8.3    Persatuan berhak menerima sumbangan dalam bentuk wang atau lain-lain bentuk dari mana-mana
pihak.  Sumbangan luar harus dimaklumkan kepada pihak sekolah.


9.  Mesyuarat
9.1    Mesyuarat tahunan diadakan pada awal sesi  persekolahan atau pada tarikh yang  sesuai dan diputuskan oleh Ahli Jawatankuasa Persatuan dan Guru Penasihat.
9.2    Mesyuarat Jawatankuasa persatuan diadakan sekurang-kurangnya sekali setiap semester atau pada bila-bila masa yang diperlukan.
9.3    Mesyuarat tahunan hanya sah apabila dua pertiga dari ahli-ahli hadir.
9.4     Mesyuarat tahunan hendaklah dihadiri oleh Guru Penasihat.
9.5    Menghadiri mesyuarat pada masa-masa yang ditentukan adalah wajib kepada ahli-ahli kecuali atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
9.6    Pengumuman setiap mesyuarat hendaklah dibuat sekurang-kurangnya sehari sebelum mesyuarat diadakan.
9.7    Setiap ahli mestilah mematuhi segala peraturan mesyuarat supaya mesyuarat berjalan dengan licin dan sempurna.



10.  Pindaan Perlembagaan
Pindaan kepada perlembagaan ini boleh dilakukan pada bila-bila masa yang diperlukan atas nasihat Guru Besar, PK Kokurikulum, Guru Penyelaras atau Guru Penasihat.



Didaftar oleh,                                      Diluluskan oleh,


   ……………………………      …………………………
(___________________)              (_______________)
 Ketua Guru Penasihat                         Guru Besar