Contoh Jurnal Praktikum



Penulisan Jurnal Mingguan Praktikum yang baik memainkan peranan penting bagi menarik minat Pensyarah Pembimbing dalam memberi penilaian. Jurnal Praktikum yang baik hendaklah mempunyai Isu atau cabaran yang dihadapi dalam minggu tersebut. Guru Pelatih juga hendaklah mengaitkan pengalaman dengan beberapa teori pendidikan yang telah dipelajari. Setiap Jurnal Mingguan Praktikum perlu di tulis / ditaip berdasarkan isi-isi penting seperti: Isu yang difokuskan, cabaran, analisis, kaedah penyelesaian, tempoh masa, penilaian kejayaan, tindakan susulan dan sebagainya.

UNTUK KOLEKSI 
JURNAL PRAKTIKUM MINGGU 1 HINGGA 12 
RUJUK 

Berikut contoh jurnal Mingguan Praktikum JQAF / KPLI / DPLI SR


JURNAL MINGGU KELIMA
13/02/2011 – 17/02/2011

1. CABARAN:
Pada minggu ini, umat Islam seluruh dunia menyambut dan memperingati satu tarikh keramat iaitu tarikh kelahiran junjungan agung Nabi Muhammad s.a.w. Pada 12 Rabiulawwal 1432 Hijriah bersamaan 15 Februari 2010 merupakan tarikh kelahiran Baginda s.a.w. dan juga merupakan hari cuti umum bagi Negeri Kedah. Sekolah Kebangsaan Ayer Puteh telah mengambil inisiatif bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul telah mengadakan ceramah agama pada hari Khamis iaitu pada 17/02/2010. Pada minggu kelima ini, saya telah menghadapi satu cabaran yang amat rumit bagi saya iaitu beberapa orang murid leleki suka bersembang dan mengganggu murid lain. Saya dapati sebilangan murid lelaki kelas 5 kasih kurang memberi tumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Mereka suka bersembang dan mengganggu rakan-rakan yang lain. Keadaan ini menyukarkan saya menjalankan proses P&P dengan lancar dan baik.

2.ANALISIS:
Kawalan kelas yang baik merupakan antara faktor penting dalam kejayaan sesuatu P&P. Kelemahan saya dalam pengawalan kelas mungkin desebabkan saya kurang tegas terhadap murid-murid saya. Ini kerana saya tidak suka megenakan denda atau hukuman terhapad murid-murid. Apabila murid membuat kesalahan saya akan menasihati mereka supaya tidak mengulangi kasalahan yang mereka lakukan.

3.CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI:
Bagi mengatasi masalah murid-murid yang suka mengganggu murid yang lain ini, saya berpendapat bahawa saya perlu mendekati mereka dan cuba berkawan dengan mereka. Jika langkah tersebut tidak berhasil, saya perlu mengambil sikap lebih tegas dengan mengenakan hukuman yang ringan bagi murid-murid yang suka mengganggu rakan mereka yang lain. Sebelum hukuman diambil saya akan menasihati murid-murid tersebut terlebih dahulu. Antara hukaman yang mungkin akan diambil ialah berdiri selama 10-15 minit di dalam kelas, membaca teks, menulis perkataan atau sebagainya. Namun, saya perlu berbincang dan mendapat pandangan daripada guru pembimbing sebelum cadangan tindakan ini diambil.

4.TEMPOH MASA:
Mengawal sesebuah kelas bukanlah perkara yang mudah kerana ia memerlukan kesefahaman antara guru dan murid. Selain itu juga terdapat beberapa perkara lain  yang perlu dititikberatkan antaranya ialah kekuatan emosi, kemahiran dan pengetahuan yang mendalam dalam sesuatu situasi bagi seseorang guru. Oleh itu, saya tidak dapat menentukan tempoh untuk saya dapat mengubah tingkah laku murid-murid saya yang suka mengganggu rakan mereka yang lain kepada tidak mengganggu lagi semasa P&P. Namun, saya akan berusaha dari semasa ke semasa untuk membantu murid-murid saya tersebut dengan cara mendekati mereka.

5. PENILAIAN KEJAYAAN:
            Bagi melihat keberkesanan langkah yang diambil, saya akan memerhatikan tingkah laku murid-murid saya yang bermasalah ini dari semasa ke semasa. Disamping itu juga, saya akan meminta nasihat daripada guru pembimbing dan rakan saya mengenai masalah tersebut.

6.TINDAKAN SUSULAN:
            Semasa proses P&P dijalankan, saya akan meminta murid-murid yang suka bersembang dan mengganggu murid yang lain melakukan aktiviti di dalam kelas misalnya membaca petikan, menulis teks dan sebagainya.


7.CATATAN:
Saya berharap dapat melaksanakan tugas saya sebagai guru dengan baik dan sempurna. Saya juga berharap dapat menyampaikan ilmu kepada semua murid tanpa seorang pun terkecuali. Oleh itu, saya akan cuba sedaya upaya untuk membantu murid-murid saya dalam mencari ilmu.

Disediakan oleh:                                                                  
Abu Hasan                                                        
Guru Pelatih,                                                                                      
KPLI-SR Pendidikan Islam                                            
Ambilan 2010

Disemak oleh:

……………………………..
(Guru Pembimbing/Pensyarah  Pembimbing)

UNTUK KOLEKSI JURNAL PRAKTIKUM MINGGU 1 HINGGA 12 RUJUK SINI