Cara Buat Aduan Tribunal Tuntutan Pengguna


Sebagai pengguna kita semua semestinya ingin dilindungi dan mendapat hak-hak sebagai pengguna dan pembeli. Kita juga inginkan barang yang dibeli berbaloi dengan harga dan sama kualiti yang telah diterangkan oleh penjual. Namun begitu banyak kes-kes yang melibatkan penipuan daripada penjual dari segi spesifikasi, harga, dan jaminan. Sebagai seorang pengguna kita perlu bijak dalam mendapatkan hak kita terhadap barang atau perkhidmatan yang telah kita gunakan. Kita juga perlu tahu apakah hak-hak atau undang-undang yang melindungi kita.
"Pengguna hari ini tidak sahaja harus bersikap reaktif semata-mata atas segala permasalahan yang dihadapi, malah perlu mengambil sikap proaktif bagi memelihara hak-hak sebagai pengguna yang ada. Sudah sampai masanya pengguna bersikap preamtif dengan melangkah lebih jauh dan bersikap peka serta sentiasa mencari dan mengekang mana-mana pihak yang cuba merancang untuk menggugut hak-hak tersebut."
                                                                          Y. Bhg. Dato' Dr. Maamor Osman                                                                               Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) 
Sejarah Penubuhan Kementerian
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah ditubuhkan pada 27 Oktober 1990 apabila kabinet baru diumumkan selepas pilihanraya umum 1990. Sebelum penubuhan ini, fungsi KPDNHEP diletakkan di bawah satu bumbung bersama Kementerian Perdagangan dan Perindustrian yang kini dikenali sebagai Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Selaras denga pembangunan ekonomi di Malaysia yang semakin pesat membangun selepas era kemelesetan ekonomi 1980-1987, pada tanggal 27 Oktober 1990, kerajaan telah mewujudkan satu kementerian yang khusus untuk mentadbir dan membangunkan perdagangan dalam negeri dan kesedaran kepenggunaan dikalangan rakyat. Matlamat penubuhan ini adalah bertujuan untuk menggalakkan pembangunan perdagangan dalam negeri serta meningkatkan keberkesanan perlindungan pengguna.

Kini KPDNHEP kini dikenali sebagai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mulai 11 Jun 2009 setelah alih sektor koperasi negara yang sebelum ini berada di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Sebagai pengguna kita semua dilindungi melalui pendidikan dan juga perundangan. Bagi melindungi pengguna di Malaysia pelbagai akta telah digubal termasuk Akta Perlindungan Pengguna 1999, akta ini telah berkuatkuasa pada 15 Nov 1999 untuk memberi perlindungan kepada pengguna melalui peruntukan undang-undang. Oleh yang demikian pengetahuan mengenai akta ini amat penting suapaya kita tidak ditindas oelh amalan perniagaan yang tidak beretika.

Di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia, pengguna boleh memfailkan tuntutan sehingga RM25,000. Sebelum adanya TTPM ini pengguna perlu ke Mahkamah Sivil untuk membuat tuntutan dengan prosedur yang rumit, kos yang tinggi dan mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan. Kes-kes yang difailkan di Tribunal Tuntutan Pengguna akan diselesaikan dalam tempoh 40 hari.

Bagaimana cara nak buat tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna?

Cara buat aduan Online tuntutan pengguna


Bagi mereka yang ingin membuat tuntutan boleh membuat aduan :

Talian Aduan Pengguna
1-800-886-800

e-aduan:

Aduan ke KPDNKK boleh dilakukan secara online atau melalui telefon.