Perawi Hadis Generasi Sahabat



Pada zaman kini, banyak ilmu yang bermanfaat yang boleh kita perolehi di dalam dunia maya, hanya taip sahaja di enjin carian google ataupun yahoo maka akan keluar beribu-ribu maklumat tentangnya. Di dalam kecanggihan teknologi ini juga kita perlu berwaspada dengan maklumat yang kita perolehi. Sebelum kita menyebarkan maklumat tersebut hendaklah kita menyelidiki terlebih dahulu kesahihannya. Dengan kecanggihan teknologi sekarang, hanya menekan button share sahaja ianya boleh tersebar hanya dalam beberapa saat sahaja, pengaruh media sosial seperti facebook dan twitter kini meluaskan lagi tersebarnya sesuatu info.

Perawi Hadis

Pada zaman Rasullah dahulu, Hadis diriwayatkan oleh para sahabat nabi, dan mereka yang meriwayatkan hadis ini mempunyai ciri-ciri kebolehkepercayaan (thiqah/'adil) dan ketepatan hafalan (dhabit) perawinya. Kedua-dua ciri ini disepakati para ulama' bahawa ia kriteria yang ada pada perawi hadis generasi sahabat. Ini kerana pada zaman nabi sahabat dikategorikan sebagai orang yang paling jujur dan merekalah yang sangat menyayangi nabi.

Hadis Paling Mutawatir, tahukah anda apakah hadis yang paling mutawatir?

" Sesiapa yang sengaja berdusta atas namaku maka siap sedialah tempatnya di neraka."
                                                                                                         (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hadis ini diriwayatkan lebih daripada 70 orang sahabat, sekaligus menjadikan ianya hadis yang paling mutawatir

Siapakah sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadis?
Sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadis ialah Abu Hurairah. Beliau banyak berdamping dengan Rasulullah, tempat tidurnya di beranda Masjid, ketika para sahabat lain sudah pulang ke rumah masing-masing beliau masih berada di sisi Rasulullah.

Berikut senarai perawi dari sahabat dan Jumlah Hadis yang diriwayatkannya:

Abu Hurairah: 5374
Abdullah bin Umar: 2630
Anas bin Malik: 2286
Aisyah: 2210
Ibni Abbas: 1660
Jabir bin Abdullah: 1540
Abu Said al-Khudri: 1170
Abdullah bin Mas'ud: 884
Abdullah bin Amru bin al-Ash: 700

Mereka ini berusaha berdampingan dengan Nabi sepanjang masa, setiap peristiwa bersama nabi pastilah diingat sebaik-baiknya. Walaubagaimanapun mereka tidak bersikap teruja untuk menyampaikan hadis nabi, tidak mengejar ekslusif mengejar populariti. Sikap mereka jauh berbeza dengan kita pada zaman sekarang, sentiasa mengejar poulariti, ingin menjadi menjadi penyampai berita terawal di media sosial, dan gopoh dalam menyampaikan maklumat.

Semoga kita menjadi orang yang sentiasa menyelidiki terlebih dahulu maklumat yang kita perolehi..InsyaAllah..