Penafian Jakim Isu Starbucks Haram


Beberapa minggu sebelum ini pernahkah anda melihat penyebaran status halal beberapa restoren terkenal seperti Starbucks, McDonald's, The Chicken Rice Shop, dan Secret Recipe. Ada yang mengatakan bahawa status Halal Restoren Starbucks telah di tarik balik disebabkan penyediaan makanan yang tidak mengikut standard halal.

Oleh yang demikian pihak JAKIM telah mengeluarkan Penafian berhubung isu-isu Halal yang tersebar di laman-laman sosial seperti Facebook, twitter dan Instagram.

Pihak Jakim telah menegaskan bahawa Sijil Pengesahan Halal Malaysia tidak pernah digantung atau ditarik balik sehingga kini. Syarikat pemegang sijil Halal di pantau secara berkala dan mendapati mereka mengikut piawaian yang telah ditetapkan.

Pihak JAKIM juga meminta penyebaran berita PALSU ini dihentikan, sebarang masalah dan kemusykilan boleh berhubung terus dengan Pegawai Perhubungan Awam Bahagian Hab Halal JAKIM di talian 03-83150200 (109) atau emel di nadiazammil@islam.gov.my

Diharap mereka yang ada menyebarkan berita palsu segera menghentikannya, dan bagi mereka yang kurang pasti sila siasat dan merujuk pihak JAKIM sebelum berkongsi maklumat di laman sosial.