Murid Nakal; bagaimana untuk melembutkan hati mereka?



Setiap sekolah pasti mempunyai pelbagai jenis perangai pelajar, ada yang baik, ada yang kurang baik, ada yang degil dan ada juga yang nakal. Tidak dinafikan juga ada murid yang berlagak gangster di sekolah, kaki buli dan pelbagai masalah yang dibawanya.

Bagaimana untuk kita mengatasi masalah murid yang negetif ini? adakah dengan merotan murid tersebut, mendenda murid tersebut di khalayak ramai? memberi amaran dan memanggil ibu bapa mereka? Sudah pasti pihak sekolah, guru-guru telah berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk muridnya.

Selain daripada kaedah memberi amaran, denda, rotan sebenarnya ada kaedah yang boleh guru-guru yang beragama Islam untuk mengamalkannya. iaitu membaca doa melembutkan hati, InsyaAllah dengan izin Allah akan terbuka hati pelajar tersebut untuk berubah, kerana hidayah itu datangnya dari Allah.

Doa dari Surah Yusuf Ayat 4

Surah Yusuf  ayat 4
Yang bermaksud ; Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan keihatan sujud kepadaku..

Baca ayat ini dan tiupkan di pelajar yang degil atau bermasalah tersebut..
Amalkan, semoga pelajar tersebut boleh mendengar arahan dan teguran dari guru-guru..

Jom kita dengar kisah yang diceritakan oleh Ustaz Abdullah Khairi dengan murid gangster;