Jawatan Kosong JAKIM



JAWATAN KOSONG
JAKIM

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi dua puluh (20) jawatan kosong di Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Cawangan Sarawak seperti berikut.

1. Jawatan : Pensyarah Gred 41
- 11 kekosongan.
Taraf Jawatan : Kontrak (contract for service).
Tempoh : Satu (1) tahun (1 Januari - 31 Disember 2014).
Gaji Bulanan : RM 2,550.00

Syarat Lantikan : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

ii) Kepujian Bahasa Malaysia/Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

iii) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh lantikan dan sihat mental dan fizikal;

iv) Lulus temuduga yang dijalankan.

Kelebihan (advantage):
v) Pengalaman dalam bidang pendidikan dan pengurusan.

vi) Keutamaan diberikan kepada Anak Negeri Sarawak atau memiliki taraf penduduk tetap (PR) Negeri Sarawak.

2. Jawatan : Penolong Pensyarah Gred 27
- 2 kekosongan.
Taraf Jawatan : Kontrak (contract for service).
Tempoh : Satu (1) tahun (1 Januari - 31 Disember 2014).
Gaji Bulanan : RM 1,610.00

Syarat Lantikan : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

i) Diploma dalam bidang Pengajian Islam atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau

ii) Syahadah Institut Tahfiz dan Latihan Al-Quran daripada Maahad Tahfiz Bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

iii) Kepujian Bahasa Malaysia/Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

iv) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh lantikan dan sihat mental dan fizikal;

v) Lulus temuduga yang dijalankan.

Kelebihan (advantage):
v) Pengalaman dalam bidang pendidikan dan pengurusan.

vi) Keutamaan diberikan kepada Anak Negeri Sarawak atau memiliki taraf penduduk tetap (PR) Negeri Sarawak.

Diskripsi Tugas:

i) Membantu urusan pendidikan dan pentadbiran dalam bidang persijilan PERAPI dan kemahiran (Binaan Bangunan, Fabrik Jahitan dan Pemprosesan Makanan).

ii) Membantu dalam urusan pendidikan dan pentadbiran bagi mencapai objektif dan fungsi yang telah ditetapkan oleh IKMAS.



3. Jawatan : Penolong Pengurus Asrama Gred 27
- 2 kekosongan.
Taraf Jawatan : Kontrak (contract for service).
Tempoh : Satu (1) tahun (1 Januari - 31 Disember 2014).
Gaji Bulanan : RM 1,610.00

Syarat Lantikan : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

i) Diploma dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau

ii) Kepujian Bahasa Malaysia/Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

iv) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh lantikan dan sihat mental dan fizikal;

v) Lulus temuduga yang dijalankan.

Kelebihan (advantage):
v) Pengalaman dalam bidang pentadbiran dan penyeliaan asrama.

vi) Keutamaan diberikan kepada Anak Negeri Sarawak atau memiliki taraf penduduk tetap (PR) Negeri Sarawak.

Diskripsi Tugas:

i) Bertanggungjawab kepada Pengetua dan Ketua Bahagian dalam menolong menyelia dan melancarkan pentadbiran IKMAS yang berkaitan dengan pelajar, fasiliti kolej kediaman dan kemudahan-kemudahan yang lain.

ii) Membantu dalam urusan pendidikan dan pentadbiran bagi mencapai objektif dan fungsi yang telah ditetapkan oleh IKMAS.



4. Jawatan : Pembantu Perpustakaan Gred 17
- 1 kekosongan.
Taraf Jawatan : Kontrak (contract for service).
Tempoh : Satu (1) tahun (1 Januari - 31 Disember 2014).
Gaji Bulanan : RM 1,165.00

Syarat Lantikan : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

i) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau

ii) Lulus Bahasa Malaysia/Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

iv) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh lantikan dan sihat mental dan fizikal;

v) Lulus temuduga yang dijalankan.

Kelebihan (advantage):
v) Pengalaman dalam bidang pentadbiran dan penyeliaan perpustakaan.

vi) Keutamaan diberikan kepada Anak Negeri Sarawak atau memiliki taraf penduduk tetap (PR) Negeri Sarawak.




5. Jawatan : Pembantu Tadbir Gred 17 - 4 kekosongan.
Taraf Jawatan : Kontrak (contract for service).
Tempoh : Satu (1) tahun (1 Januari - 31 Disember 2014).
Gaji Bulanan : RM 1,165.00

Syarat Lantikan : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

i) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau

ii) Lulus Bahasa Malaysia/Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

iv) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh lantikan dan sihat mental dan fizikal;

v) Lulus temuduga yang dijalankan.

Kelebihan (advantage):
v) Pengalaman dalam bidang pentadbiran, pengurusan stor dan proses perolehan

vi) Keutamaan diberikan kepada Anak Negeri Sarawak atau memiliki taraf penduduk tetap (PR) Negeri Sarawak.

Penaklukan di bawah Syarat-syarat Skim Perkhidmatan :

Pegawai-pegawai dan staff sokongan yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat dari semasa ke semasa.



Cara Memohon:

Permohonan boleh dibuat dengan menghantar resume/permohonan jawatan dan hendaklah disertakan dengan gambar berukuran pasport, termasuk salinan kad pengenalan dan sijil-sijil berkaitan yang telah disahkan oleh pegawai-pegawai awam peringkat Pengurusan dan Profesional.

Permohonan hendaklah dihantar menggunakan sampul surat berukuran 23cm x 32cm pada atau sebelum 16 DISEMBER 2013 (ISNIN), JAM 12.00 TENGAHARI kepada:

PENGARAH,
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) CAWANGAN SARAWAK,
BANGUNAN BAITULMAL (MECHUNMA),
LOT 146, SECTION 8, JALAN HAJI TAHA,
93400 KUCHING, SARAWAK


Permohonan yang lewat diterima, tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat tidak akan dipertimbangkan. Hanya pemohon-pemohon yang benar-benar berkelayakan dan setelah ditapis akan dihubungi. Sekiranya pemohon-pemohon tidak dihubungi dalam masa tiga (3) minggu dari tarikh iklan ditutup, maka permohonan itu dianggap tidak berjaya. SUMBER