Hukum Menggunakan Kolagen dan Botox



Kolegen merupakan bahan yang banyak digunakan di dalam produk-produk kesihatan pada masa kini, jika kita lihat di laman sosial Facebook, begitu banyak peniaga online mempromosikan kelebihan-kelebihan produk mereka, dan sentiasa menceritakan apakah kebaikan penggunaan kolagen.

Sebenarnya apakah itu kolagen? atau dalam bahasa Inggerisnya di sebut collagen.

Definisi Kolagen:

Kolagen merupakan protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia, ia merangkumi 30% daripada keseluruhan protein di dalam badan. Kolagen disusun tiga rantai polipeptida (monomer protein) yang terpilih membentuk rantaian triple helix. Kolagen terdapat pada kulit, salur darah, keratin (rambut kuku), tulang gigi, tisu dan organ dalam.

Fungsi Kolagen:

Kolagen berfungsi dalam menghasilkan asid amino penting seperti lysine, prolin, glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong dan mengawal fungsi sel. Ia juga mengawal metabolism tubuh dengan mencerna secara enzimati dan melingdungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan aksidatif.

Selain daripada itu, kolagen boleh berfungsi untuk melambatkan proses penuaan kulit, memelihara ketegangan dan keanjalan kult. Ia juga boleh menstabilkan struktur, melembap, menegang dan menganjalkan kulit lantas menjadikan kulit cantik dan menghalang dari penuaan.

Di antara lain, kolagen dapat membantu hati dalam proses detoksofikasi, membantu pola tidur dan mencantikkan dan menyuburkan rambut. Ia dapat meningkatkan penyerapan kalsium dan menyokong baik pulih tisu dan kecederaan otot dan tulang dengan memelihara penyakit saraf dengan membina semula lapisan protein pada saraf.

Sumber Kolagen:

Dari mana kita boleh perolehi kolagen ini? adakah ia seperti ubat yang boleh dimakan begitu sahaja?

Kolagen Marin;
Kolagen terulung adalah kolagen daripada sumber ikan yang dihidrolisis, lazimnya didapati daripada sisik dan kulit ikan laut dalam seperti ikan kod. Molekul kolagen marin ini lebih kecil menjadikan kolagen ini menyerap dengan lebih baik di dalam tubuh badan kita.

Buah-buahan yang mengandungi vitamin C juga adalah yang mengandungi kolagen. Vitamin C merupakan salah satu zat penting yang membantu tubuh memproduksi kolagen bagi pembentukan struktur dasar kulit. Ia juga sebagai antioksida yang meneutralkan radikal bebas bagi mengelakkan kanser.

Strawberry


Hukum menggunakan Kolagen;

Kita rujuk pada keputusan fatwa mengenai isu kolagen:

Hukum suntikan Botulinum Toxin Type A (BTA);
Botulinum Toxin Type A atau Botox didapati mengandungi bahan-bahan yang meragukan, najis dan diharamkan. Antara bahan-bahannya ialah daripada Khinzir. Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya botox adalah haram digunakan. Untuk tujuan perubatan, suntikan Botulinum Toxin Type A ini adalah dibenarkan dengan syarat penggunaannya dalam keadaan darurat dan mengikut keperluan serta dilakukan oleh pakar yang bertauliah.

Penyuntikan Highly Purified Insulin daripada Khinzir;
Hukum menyuntik Insulin daripada najis mughalazah (khinzir) bagi tujuan perubatan pesakit kencing manis adalah harus kerana darurat.

Alkohol menurut Pandangan Islam;
Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan.