50 Koleksi Soalan Temuduga Guru



Koleksi Soalan Temuduga DG41
Anda ada temuduga guru? SPP? Mara? Mara Assessment Center?

Sediakan Jawapan untuk soalan-soalan berikut, supaya anda menjawab dengan lancar dan teratur...
  1. Bebanan kerja guru semakin bertambah, bagaimana kamu menghadapinya?
  2. Budaya buli di sekolah semakin serius apakah puncanya? cadangkan penyelesaian masalah tersebut.
  3. Murid lebih cenderung untuk belajar di pusat tuisyen, adakah anda sudi menjadi guru tuisyen?Mengapa?
  4. Apakah punca guru stress? bagaimana cara mengatasinya?
  5. Mengapa kamu memohon untuk menjadi guru?
  6. Apakah kelebihan mengajar sains dan Matematik dalam BI?
  7. Berikan pro dan kontra penggunaan ICT di sekolah?
  8. Mengapa kerajaan memperkasa sekolah kebangsaan?
  9. Apakah tanggungjawab seorang guru terhadap masyarakat di sekelilingnya?
  10. Apakah konsep sekolah cemerlang?
  11. Sejauh mana anda tahu sekolah Integrasi?tujuan?
  12. Adakah kamu pernah terlibat Program Latihan Khidmat Negara? Apakah tujuan itu?
  13. Apa beza KBSR dan KSSR?
  14. Huraikan perkara penting dalam FPK.
  15. Nyatakan prinsip dalam rukun negara, hafal x?
  16. Huraikan Matlamat wawasan 2020
  17. Jika kamu diminta mengajar di kawasan pendalaman, bagaimana kamu menghadapi masalah kehidupan di situ?
  18. Bagaimana kamu meningkatkan ilmu dan kemahiran supaya menjadi guru yang cemerlang?
  19. Mengapa perlu pembelajaran sepanjang hayat?
  20. Apa pendapat anda tentang GST?Bagus ke tidak?
  21. Bagaimana menjadi seorang guru yang dihormati dan disanjungi?
  22. Apakah objektif utaman perayaan Hari guru?
  23. Apakah teras perkhidmatan cemerlang?
  24. Apakah fungsi utama Persatuan Ibu Bapa dan Guru?
  25. Berikan Nama Menteri Pendidikan dan Timbalan..


  1. Mengapa Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi digabungkan?
  2. Apa masa depan seorang guru?
  3. Apakah kepentingan kecerdasan emosi untuk seorang guru?
  4. Guru banya masa lapang, banyak cuti, tidak banyak kerja, adakah anda setuju?
  5. 5 sebab kamu patut diterima sebagai guru?
  6. Apakah yang kamu lakukan jika murid tidak mendengar arahan kamu?
  7. Apakah yang lebih penting tugas atau keluarga?
  8. Apakah cabaran yang paling hebat di masa sekarang?
  9. Apa pandangan anda berkenaan dengan SPPBS?adakah anda terlibat dan pernah mengisinya?
  10. Berikan komen anda tentang merotan murid nakal di sekolah..
  11. Berikan 3 tugas lain guru selain mengajar di sekolah..
  12. Pelajar bermasalah sepatutnya dibuang sekolah? setuju? kenapa?
  13. Gejala Sosial dikalangan remaja.
  14. Kenapa murid tidak dibenarkan membawa handset ke sekolah?
  15. Apa pendapat anda ibubapa yang mengugut guru yang merotan anaknya?
  16. Anda kenal ibu bapa murid anda?
  17. Guru selalu dihantar kursus, adakah ia baik untuk anda?
  18. Berikan pandangan anda tentang isu guru disaman ibu bapa murid?bagaimana untuk mengelaknya?
  19. Apakah kemahiran interpersonal yang anda ada?
  20. Apa target anda dalam kerjaya perguruan in?
  21. Wajarkah seorang guru mempunyai kerja lain seperti MLM, berniaga pert time?
  22. Apakah peranan seorang Ketua Panitia di sekolah?
  23. Apa sumbangan yang pernah anda buat untuk sekolah?
  24. Siapakah Bos anda?
  25. Apa pendapat anda berkenaan dengan Laman Sosial seperti Facebook?
  26. Apakah itu yang anda perlu tahu berkenaan temuduga spp?