PENAMBAHBAIKAN JADUAL GAJI MINIMUM - MAKSIMUM MULAI 1 NOVEMBER 2013



PENAMBAHBAIKAN JADUAL GAJI MINIMUM - MAKSIMUM 
GRED 1 HINGGA GRED 54 DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA



JADUAL GAJI MINIMUM MAKSIMUM BAGI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
MULAI 1 NOVEMBER 2013


Kaedah Pemindahan Gaji 

13. Bagi maksud pemindahan gaji, amaun gaji pegawai pada 31 Oktober 2013
hendaklah dipindahkan kepada amaun gaji yang sama dalam JGMM baru pada
1 November 2013. Kaedah pemindahan gaji yang sama adalah juga terpakai bagi
pegawai yang berada dalam keadaan seperti berikut:

13.1 pegawai yang dipinjam atau ditukar sementara ke agensi Kerajaan,
amaun gaji hakiki pegawai hendaklah dipindahkan ke JGMM baru oleh
Ketua Jabatan asal. Manakala, gaji jawatan peminjaman atau jawatan
pertukaran sementara hendaklah dipindahkan ke JGMM baru oleh Ketua
Jabatan di agensi peminjam.
13.2 pegawai yang dipinjamkan ke pertubuhan antarabangsa atau sektor
swasta, amaun gaji hakiki pegawai hendaklah dipindahkan ke JGMM
baru oleh Ketua Jabatan asal.
13.3 pegawai yang cuti bergaji penuh, amaun gaji hakiki pegawai hendaklah
dipindahkan ke JGMM baru.
13.4 pegawai yang cuti separuh gaji, amaun gaji hakiki pegawai hendaklah
dipindahkan ke JGMM baru serta dibayar separuh daripada gaji baru.
13.5 pegawai yang cuti tanpa gaji, amaun gaji hakiki pegawai hendaklah
dipindahkan ke JGMM baru. Pegawai akan dibayar gaji baru apabila
kembali bertugas.

Pergerakan Gaji Tahunan
17. Bagi maksud PGT mulai tahun 2014 dan seterusnya, pegawai adalah layak
dipertimbangkan PGT terhad kepada gaji maksimum dalam JGMM, tertakluk kepada
syarat dan peraturan yang berkuat kuasa.

Tarikh Pergerakan Gaji
18. Penambahbaikan JGMM ini tidak mengubah Tarikh Pergerakan Gaji (TPG)
pegawai.

Elaun Dan Kemudahan
19. Penambahbaikan struktur JGMM ini tidak mengubah kadar elaun dan
kemudahan yang berkuat kuasa.

TARIKH KUAT KUASA
20. Pekeliling perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 November 2013.