MAKSUD STRATEGI PENDEKATAN KAEDAH TEKNIK


PENDEKATAN
  • Cara mengajar berdasarkan objektif yang telah ditentukan.
  • Harus berlandaskan teori,prinsip atau model tertentu.
  • Kenyataannya dianggap benar tanpa memerlukan bukti dan alasan.
  • Mendokong sesuatu teori.
  • Wujud berasas tanggapan yg berhubung  dgn falsafah Agama Islam dan pengajaran serta pengajian agama itu sendiri.

  • Menghuraikan sifat m/pelajaran yg diajar.
  • Menyatakan sesuatu pendapat,falsafah  atau sesuatu pengajaran tetapi tak semestinya dibuktikan secara mutlak

Mendekatkan  sesuatu dalam bidang pendidikan dan setiap pendekatan  hendaklah mencerminkan  sesuatu pandangan tentang hakikat sesuatu matlamat pelajaran.
  • Bagaimana  ia dikuasai?
  • Bagaimana  ia diperolehi?
  • Bagaimana   ia difahami?
  • Di mana ia disimpan?

Pendekatan haruslah mencerminkan sesuatu teori P & P
Contoh teori  Gestalt “ mempelajari sesuatu situasi itu secara keseluruhan, kemudian memperinci elemen-elemen situasi satu pandangan atau  sebagai satu  teori pembelajaran”

Maksudnya: harus mengamati keseluruhannya terlebih dahulu kemudian kaji pula  bahagian-bahagiannya.

  • Induktif
Mengemukakan beberapa pernyataan dan dari pernyataan  tersebut dibuat kesimpulan.
Proses: murid t. diajar sesuatu bahan secara langsung, hanya diberitahu berhubung hal-hal bekaitan  dengan pelajaran tersebut.

  • Deduktif
Satu pendekatan mengajar yang mengasaskan pengajaran  & pembelajaran murid kepada hukum-hukum tertentu.

KAEDAH
  • Siri tindakan guru yang sistematik.
  • Lebih bercorak jangka pendek
  • Merupakan usaha keseluruhan terdiri daripada prosedur tersusun berdasarkanpendekatan yang dipilih.
  • Mendokong pendekatan dipilih.

Satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu  pengajaran secara teratur, kemas dan sistematik.
Cara:
  • Kenalpasti terlebih dahulu apa yang akan digunakan.
  • Tetapkan bahan yang hendak disampaikan  ikut peruntukan masa yang ditetapkan
  • Tetapkan langkah-langkah  ikut aktiviti yang akan  diperkenalkan
  • Tetapkan alat bantu mengajar yang diperlukan
  • Susunkan langkah –langkah secara beperingkat.

Contoh kaedah penyelesaian masalah-melibatkan 5 langkah

  • Mengenal masalah
  • Mengenal maklumat
  • Membuat hipotesis
  • Menguji hipotesis
  • Menilai dan membuat rumusan


TEKNIK
  • Merujuk kemahiran guru mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar yang dilaksanakan.
  • Pengendalian yang benar-benar berlaku dalam bilik darjah.
  • Digunakan dalam langkah pengajaran.
  • Perlu mengambil kira faktor latar belakang pelajar dalam menentukan teknik yang dipilih.

Cara menjalankan pelbagai langkah  dalam pengajaran.
Contoh :Dalam  kaedah bercerita, pelbagai teknik digunakan untuk menjadikan cerita itu bermakna dan menyeronokkan .
  • Teknik timbul minat (motivasi)
  • Teknik menyoal (uji kefahaman)

STRATEGI
Kebijaksanaan memilih pendekatan, kaedah ,teknik pengajaran berdasarkan objektif pengajaran.

  • Contoh :Pemusatan guru(strategi  yang paling lama)
Lebih mengambil kira objektif jangka panjang.
Mengambil kira segala aspek pembelajaran termasuk pemilihan bahan,masa dan sebagainya.