Cara Buat Rayuan eGtukar



Setelah keputusan e-Gtukar keluar ramai di antara guru yang berjaya tukar, kegembiraan yang terserlah di wajah mereka tidak dapat dibayangkan lagi.. air mata yang mengalir bukan air mata kesedihan, tetapi air mata kegembiraan setelah saban tahun menunggu untuk bersama dengan isteri, anak-anak dan keluarga.

Walaubagaimanapun ia cuma segelintir sahaja....hanya berapa peratus sahaja yang berjaya..

Kekecewaan bagi mereka yang tidak berjaya mungkin lebih pedih untuk dirasakan..andai ianya ditempat kita, mungkin kita sendiri tidak dapat mengharungi setabah mereka.. berjauhan dengan isteri tercinta, anak-anak, dan mungkin juga dengan ibu-bapa yang sudah uzur. Pasti ini tamparan hebat buat insan yang bergelar guru.

Berjauhan dengan pasangan sebenarnya melibatkan emosi, apabila emosi terganggu, ia mengganggu kelancaran kerja mereka..kerana guru adalah pekerjaan yang melibatkan kita berurusan dengan manusia.

Adakah pihak KPM langsung tidak memandang keperitan yang mereka alami? adakah tiada belas kasihan pada mereka? 

Sebenarnya KPM sendiri sedia maklum akan perkara ini, dan sentiasa memberikan keputusan yang terbaik, walaubagaimanapun, dengan jumlah yang begitu ramai seperti analisa yang saya paparkan sebelum ini, adalah mustahil untuk memenuhi kehendak semua orang, tambahan pula kekosongan sekolah yang ada terlalu sedikit, dan tiada pengganti di tempat kita, dan beberapa faktor yang lain.

Bagaimana cara untuk memohon atau membuat rayuan egtukar?
Adakah boleh merayu?

Mungkin agak sukar tetapi tidak salah untuk anda mencuba, mungkin ia dapat membantu, antara kaedah yang dilakukan ialah:

1. Menulis surat rasmi, Rayuan eGtukar, ataupun anda boleh pilih tajuk yang sesuai. Di dalam surat tersebut anda nyatakan sebab-sebab anda perlu pindah, sebagai contoh ingin duduk bersama suami / anak. Lampirkan sekali tempat kerja suami dan alamat tempat tinggal. Sebab lain yang munasabah contohnya Ibu bapa uzur, ataupun kita perlu menjalani rawatan kesihatan berkala di tempat tersebut, juga perlu disertakan surat doktor ataupun laporan kesihatan.

2. Bawa sendiri surat ke Kementerian Pendidikan Malaysia. Adalah lebih baik anda hadir sendiri ke KPM untuk bertemu sendiri dengan pegawai di Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM


Ketua Jabatan
Pengarah
Dato Haji Mazlan bin Mohamad D.S.A.P, D.I.M.P
Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaaan Persekutuan,
62604 Putrajaya
Tel: 03 8884 9370
Faks: 03 8888 6671

3. Di sana anda akan dipanggil untuk ditemuduga oleh pagawai di sana, anda boleh ceritakan masalah yang anda alami selama ini. Luahkan apa yang terpendam..

4. Bila anda perlu pergi? Jawapan saya...secepat mungkin..kerana sejak semalam (26 November 2013) sudah ramai yang membuat rayuan di KPM.
Maklumat terbaru: 

Permohon rayuan secara bertulis untuk pertukaran guru sesi Januari 2014 hendaklah dikemukakan sebelum atau pada 10 Disember 2013 ke KPM, Sebarang rayuan selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan. Harap Maklum.

5. Sila pakai pakaian formal, berkasut... :)

Semoga berjaya, Ini hanya Panduan sahaja..