Pengelolaan Pertandingan : Sistem Pertandingan Liga

Suatu kaedah yang digunakan untuk menentukan pemenang-pemenang bagi satu-satu acara sukan atau aktiviti pendidikan jasmani atau apa saja aktiviti yang terdapat dalam aktiviti kurikulum atau ko-kurikulum.

Bagai mana menyusun pertandingan?

Antara jenis pertandingan yang digunakan
ialah:

Pertandingan Sekali Gus.
Pertandingan Kalah Mati.
Pertandingan Kalah Mati dengan Sagu Hati.
Pertandingan Kalah Mati Dua Kali.
Pertandingan Bentuk Piramid.
Pertandingan Liga.
Pertandingan Separuh Liga.
Pertandingan Bentuk Tangga.
Pertandingan Bentuk Corong.
Pertandingan Bentuk Serombong.
-------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------



Mari kita lihat kaedah menyusun Pertandingan Liga

Pertandingan Liga

Langkah-langkah untuk menentukan jumlah pasangan perlawanan dalam Sistem Pertandingan Liga. Bilangan atau jumlah perlawanan yang harus diadakan dalam satu-satu pertandingan menggunakan sistem liga
boleh ditentukan menggunakan formula.

Jumlah bilangan peserta / pasukan yang menyertai pertandingan ( N )

Menentukan jumlah bilangan perlawanan
dalam pertandingan ( L )
L = N ( N-1 )
2

N = Jumlah bilangan peserta/pasukanyang meyertai pertandingan
L = Jumlah bilangan perlawanan dalam pertandingan

-----------------------------------------

Menentukan bilangan pusingan perlawanan ( M )

M = N - 1

---------------------------------------------------


Menyusun pasangan perlawanan

Penyusunan Pertandingan Mengikut Pusingan Berangka Genap

ž Jumlah bilangan pasukan : N = 6
ž Jumlah bilangan perlawanan L

= N ( N-1 )/2 = 6( 6-1 )/2 = 30/2 = 15

ž Bilangan pusingan perlawanan 
M= N-1 = 6-1= 5

Penyusunan pertandingan bagi kumpulan atau peserta angka genap adalah senang.Pertandingan dijalankan secara berpasangan. Jadual perlawanan ditentukan dengan pasukan nombor satu tidak bergerak dan lain-lain nombor beredar di keliling nombor satu hingga kombinasi yang mula didapati kembali.



Jadual Penyusunan Pertandingan Mengikut
Pusingan Berangka Genap

--------------------------------------------------------
Bagaimana pula jika penyusunan jika Bilangan Pasukan N ganjil?

Cara penyusunan bagi kumpulan yang ganjil dapat dilakukan dengan mencukupkan kumpulan supaya menjadi genap.

Jika N adalah nombor ganjil, setiap pusingan akan dijadualkan satu petanding mendapat bye. Bye bermaksud pasukan atau peserta yang perlu menunggu tanpa memasuki pertandingan pusingan pertama.

Proses penyusunan pasangan perlawanan dimulakan dengan kedudukan bye ditetapkan pada setiap pusingan.


Penyusunan Pertandingan Mengikut Pusingan Berangka Ganjil
Jumlah bilangan peserta/pasukan N = 5
Jumlah bilangan perlawanan L
= N ( N-1 )/2 = 5( 5-1 )/2 = 10

Bilangan pusingan perlawanan M = N = 5

Untuk jumlah pasukan yang ganjil, mulakan dengan 1, dan tuliskan nombor-nombor peserta lain dari kanan ke kiri. Misalnya bentuk liga tujuh pasukan :



Perhatikan bahawa, nombor menurun di kanan dan menaik di kiri.



Pasukan nombor 5 dapat bye dalam pusingan pertama dan pasukan lain bermain antara satu sama lain.


Seterusnya pasukan 4 mendapat bye dan seterusnya.


Jadual Penyusunan Pertandingan Mengikut
Pusingan Berangka Ganjil













Dengan jumlah pasukan yang genap, nombor satu tidak berubah, manakala nombor-nombor lain berubah di sekeliling nombor satu.
ž
Dengan jumlah pasukan yang ganjil, semua nombor berubah dan pasukan yang di belakang sekali tiap-tiap kali akan mendapat satu bye.
ž
Dengan jumlah pasukan yang ganjil, adalah serupa dari segi jumlah pasukan dengan bilangan pasukan, iaitu lima pasukan akan melibatkan lima pusingan perlawanan.

Dengan jumlah pasukan yang genap, jumlah pusingan adalah kurang satu daripada jumlah pasukan yang mengambil bahagian.

Jika anda inginkan Nota Lengkap Pengelolaan Pertandingan bagi Semua Jenis Sistem Download di bawah:

Download Sila Tekan Like