PERANG DUNIA PERTAMA DAN KEDUA

Perang Dunia Pertama (1914-1918)

Perang Dunia Pertama yang meletus pada awal bulan Ogos 1914 merupakan peperangan yang melibatkan Britain, Perancis, Jerman, Rusia, Austria-Hungary, Belgium, Serbia, Itali, Bulgaria dan Turki. Peperangan ini bermula dengan serangan Jerman ke atas Belgium pada 4 Ogos 1914, penyertaan Amerika Syarikat pada tahun 1917 di pihak Britain-Perancis menyebabkan sekutunya dapat ditewaskan. Perang ini ditamatkan menerusi beberapa perjanjian yang dibuat secara berasingan antara pihak yang menang dengan pihak yang kalah. Dalam hal ini, Perjanjian Versailles yang diadakan antara Jerman dengan pihak yang menang merupakan perjanjian yang amat penting dan meninggalkan implikasi yang amat mendalam terhadap sejarah Eropah selanjutnya.


Perang Dunia Kedua (1939-1945)

Selepas tamat Perang Dunia Pertama, masih wujud rasa tidak puas hati dalam kalangan negara-negara yang terlibat dalam peperangan tersebut. Antara Negara yang paling terjejas adalah Jerman. Jerman menganggap syarat-syarat yang ditetapkan dalam Perjanjian Versailles berat sebelah dan tidak adil. Perkembangan ini menyebabkan Jerman bertindak tidak mematuhi Perjanjian Versailles dan memulakan program mengukuhkan kekuatan tentera. Tindakan Jerman menimbulkan kebimbangan kuasa Berikat yang terdiri daripada Britain, Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat. Dalam pada itu, Jerman mewujudkan pakatan dengan Itali dan Jepun yang dikenali sebagai Kuasa Paksi. Perkembangan ini menyebabkan wujud ketegangan antara kedua-dua belah pihak hingga menyebabkan dunia berada di ambang peperangan. Perang Dunia Kedua tercetus apabila Jerman bertindak melancarkan serangan terhadap Poland pada 1 September 1939. Peperangan ini berakhir apabila Jepun menyerah kalah secara rasmi pada 2 September 1945. Dalam tempoh tersebut, peperangan ini telah meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam bidang politik, ekonomi dan social di dalam sejarah dunia moden.