PEKELILING KGT JULAI 2013

PEMBERIAN PEMINDAHAN GAJI KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN 
AWAM PERSEKUTUAN DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA

Pekeliling perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan
mengenai pemberian pemindahan gaji dengan amaun bersamaan satu (1) Kenaikan 
Gaji Tahunan (KGT) kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di 
bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM).

DOWNLOAD PEKELILING: HERE




PEKELILING KGT JULAI




Kerajaan bersetuju supaya faedah pemindahan gaji dengan amaun bersamaan satu (1) 
KGT diberi lebih awal pada 1 Julai 2013.


Pegawai Yang Layak
5. Pemberian pemindahan gaji dengan amaun bersamaan satu (1) KGT ini 
melibatkan pegawai Perkhidmatan Awam di bawah SSM bertaraf tetap, sementara dan 
kontrak (Contract of Service) yang telah dilantik sebelum 1 Julai 2013 dan sedang 
berkhidmat pada 1 Julai 2013, termasuk pegawai yang berada dalam keadaan seperti 
berikut:
 5.1 pegawai yang dipinjam atau ditukar sementara ke agensi Kerajaan.
 5.2 pegawai yang dipinjamkan ke pertubuhan antarabangsa atau sektor 
 swasta.
 5.3 pegawai yang cuti bergaji penuh, cuti separuh gaji dan cuti tanpa gaji.
 5.4 pegawai yang meninggal dunia pada 1 Julai 2013.

Adakah tiada KGT pada tahun hadapan? ini jawapannya:
Pergerakan Gaji Tahunan 

17. Pemberian pemindahan gaji ini tidak menjejaskan Pergerakan Gaji Tahunan pegawai bagi tahun 2013 dan tahun berikutnya, tertakluk kepada had gaji maksimum
dalam JGMM serta pegawai memenuhi syarat dan peraturan Pergerakan Gaji Tahunan yang berkuat kuasa.

Tarikh Pergerakan Gaji
18. Pemberian pemindahan gaji ini tidak mengubah Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) pegawai.

DOWNLOAD PEKELILING: HERE