Wednesday, June 5, 2013

Memahami Kandungan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

Dalam mengharungi persaingan ekonomi bagi mencapai hasrat negara maju menjelang 2020, Malaysia amat bergantung kepada kualiti sumber manusia. Negara seharusnya mempunyai warganegara yang memiliki pengetahuan dan kemahiran yang dapat memenuhi tuntutan abad ke-21. Di samping itu sebagai sebuah negara majmuk, Malaysia perlu mengekalkan perpaduan bagi memacu perkembangan ekonomi. Atas dasar ini pendidikan memainkan peranan penting untuk melahirkan murid yang bercirikan penguasaan pengetahuan dan kemahiran tinggi, bijak berkomunikasi, berkepimpinan serta memiliki semangat cinta kepada negara selaras seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.



Bagi mencapai aspirasi yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, kita memerlukan 11 anjakan utama: 

ANJAKAN PPPM


PPPM 2013-2025 telah menggariskan enam aspirasi murid iaitu;

1. Pengetahuan: Murid perlu memiliki keupayaan literasi dan numerasi dan menguasai mata pelajaran teras seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah. Murid digalakkan menguasai pengetahuan am tentang Malaysia, Asia dan dunia dalam pelbagai bidang seperti sosial, ekonomi, politik, dan tekonologi. Murid juga perlu menguasai bidang seni dan sukan.

2. Kemahiran berfikir: Kemahiran berfikir perlu dikuasai murid supaya mereka dapat mengembangkan ilmu yang dipelajari dan mencipta inovasi.

3. Kemahiran memimpin: Dalam kehidupan bermasyarakat kemampuan bekerja dengan berkesan dalam pasukan dan memimpin orang lain adalah penting. Setiap murid akan dibantu mencapai potensi masing-masing melalui penglibatan sebagai pemimpin, serta bekerja dalam kumpulan.

4. Kemahiran dwibahasa: Setiap murid akan menguasai Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi antarabangsa. Mereka juga akhirnya akan berpeluang mempelajari bahasa tambahan.

5. Etika dan kerohanian: Murid perlu memiliki etika dan kerohanian yang tinggi bagi menghadapi cabaran dalam kehidupan dewasa. Dengan memiliki nilai ini, mereka boleh menyelesaikan konflik secara harmoni, bijak membuat pertimbangan, berprinsip dan berani melakukan sesuatu yang betul.

6. Identiti Nasional: Pendidikan juga seharusnya menyemai semangat setia dan bangga kepada negara dalam kalangan murid. Identiti nasional akan dapat dicapai bukan hanya dengan belajar memahami dan menerima kepelbagaian, tetapi juga menghayati kepelbagaian.

Pelan Pembangunan boleh di muatturun di: SINI
PANDUAN TEMUDUGA SPP: SINI


INI ADALAH MAKLUMAT BARU YANG PERLU DIBACA BAGI CALON-CALON TEMUDUGA SPP