RUKUN-RUKUN TILAWAH (BACAAN) AL-QURAN

RUKUN TILAWAH
Sah sanad


Sanad secara mudah bermakna sandaran, sijil tauliah atau syahadah. Secara lebih khusus iaitu seseorang membaca al-Quran sehingga khatam daripada bimbingan guru-guru yang muttaqin lagi bijaksana dan bersambung sanad-sanad bacaannya sehingga kepada bacaan Rasulullah. Pemeliharaan rukun ini sangat penting kerana bacaan al-Quran merupakan sebahagian daripada sunnah Nabi s.a.w. Definisi sebenar cara penerimaan sanad untuk meyakinkan bahawa bacaan tersebut adalah datangnya daripada Rasululah s.a.w ialah dengan membaca al-Quran di hadapan guru yang thiqoh (dipercayai), serta keilmuan guru tersebut dalam bidang al-Quran diketahui umum dan guru kepadanya juga terkenal di dalam masyarakat. Inilah dimaksudkan sanad atau sijil ketika menuntut ilmu bacaan al-Quran. Sanad yang dikenali umum dalam bentuk sehelai kertas yang dinamakan sijil atau tauliah merupakan suatu perkara yang baru. Kewujudannya kerana terhakisnya ilmu daripada hati manusia dan pembohongan serta penipuan berleluasa. Jika diimbas kepada sirah Rasulullah kita dapati orang yang menanggung al-Quran ketika itu adalah mereka yang sangat amanah (sahabat-sahabat). Penerimaan mereka terhadap ilmu yang dipelajari daripada Rasulullah tidak diragui kesahihannya walaupun ketika itu tidak terdapat sijil dan bentuk-bentuk perakuan bertulis yang lain. Oleh itu untuk mengelakkan keraguan dalam bacaan al-Quran, setiap individu muslim hendaklah mencari kepastian terhadap diri sendiri tentang pembelajaran dan penerimaan di dalam ilmu al-Quran yang dibaca sekarang. Adakah bacaannya menepati sepenuhnya sebagaimana bacaan Rasulullah mengajar para sahabatnya iaitu membaca mengikut kaedah-kaedah tajwid yang ditentukan. Adakah kita membuat kepastian terhadap guru yang mengajar al-Quran kepada kita. Adakah guru tersebut mengambil dan menerima sanad daripada pembacaan al-Quran beliau sebelum ini.

Bertepatan dengan Resam Uthmani (sedang diupdate)
Bertepatan dengan Nahu Bahasa Arab (sedang diupdate)