Friday, November 16, 2012

CONTOH PENYATAAN HASRAT JQAF

Tentu ramai yang mencari bagaimana contoh penyataan hasrat dan cara untuk menulis penyataan hasrat di dalam borang yang disediakan untuk temuduga j-QAF.

DOWNLOAD

Answer ONE question to win a Samsung S4 or iPhone 5 : LINK 2
Penyataan Hasrat

Ok, pertamanya borang ini hendaklah ditulis dengan tulisan tangan calon sendiri, jangan minta orang lain tulis, tulislah dengan kemas dan jelas. Gunakan pen hitam. 

Isi Nama, NO. K/P, KOD PUSAT TEMUDUGA dan TARIKH TEMUDUGA dengan betul.

i) Secara ringkas nyatakan:
a) Mengapa anda memilih profesion perguruan.

Kebiasaanya calon menulis memilih profesion perguruan kerana minat dan cita-cita sejak kecil. (anda boleh huraikan sebab anda tersebut, tetapi jangan sampai terkeluar tajuk dan berjela-jela)

b) Pengalaman anda dalam bidang keguruan.
Calon boleh menulis pengalaman-pengalaman yang ada sebelum ini, tidak kisah samaada menjadi guru ganti/GSTT guru swasta, guru tadika atau apa-apa yang berkaitan dengan bidang keguruan.
- Nyatakan dimana, bila, pengalaman anda mengendalikan murid, mengurus kelas dan sebagainya
- Berapa tahun/bulan anda berpengalaman dalam bidang perguruan.

ii) Sekiranya anda terpilih, apakah yang dapat anda sumbangkan terhadap bidang keguruan?
Banyak sumbangan yang boleh anda lakukan contohnya; 
- Mendidik sahsiah/akhlak murid
- Memberi idea untuk meningkatkan prestasi pelajaran murid-murid
- Memberi komitmen yang penuh untuk sekolah
- Sanggup bekerja lebih masa dan bekerjasama dengan pihak pentadbir demi memajukan sekolah.
- Menyumbang tenaga untuk menjadikan sekolah yang bersih dan cantik.
- perkara lain yang anda rasakan sesuai.

DOWNLOAD LINK 1, LINK 4LINK 5