Euro 2012 : Adakah Belanda Sudah Tiada Peluang ke Suku Akhir?

Netherlands VS Portugal  18 Jun 2012 2.45 pagi (LIVE TV3)
Denmark VS Jerman 18 Jun 2012 2.45 pagi (ASTRO)

Saingan Kumpulan Maut Kumpulan B semakin hampir, tinggal beberapa jam lagi sebelum sepak mula. Mungkin ada penyokong-penyokong Belanda yang sudah putus harapan dengan Pasukan Belanda. Adakah Belanda masih ada peluang sebenarnya. 


Mengikut sistem Head-to-Head Belanda sebenarnya masih berpeluang lagi, dengan syarat Belanda perlu menang 2-0 / 3-1 ke atas Portugal , dan mengharapkan Jerman berjaya membenam Denmark. Jika ini berlaku Belanda akan berada di kedudukan ke 2. Jika menang 2-1, Portugal akan berada di atas belanda. Ini kerana sekiranya mata Jerman 9, Portugal 3, Belanda 3, Denmark 3, kiraan Jaringan akan digunapakai. 


Nampaknya Penyokong Belanda akan tersenyum kelegaan jika berjaya melangkah ke suku akhir, sama-sama kita saksikan kehangatan Euro bagi saingan Kumpulan B.