PENGIRAAN PEMINDAHAN GAJI SSM KE SBPA

KLIK UTK BESARKAN



STRUKTUR GAJI

Gaji Single Point

27. Gaji Single Point adalah diperuntuk bagi Jawatan Premier di bawah Kumpulan Premier.
Gaji Minimum - Maksimum

28. Gaji Minimum - Maksimum adalah diperuntuk untuk Jawatan Utama dan Jawatan Gred Khas di bawah Kumpulan Pengurusan Tertinggi.

Gaji Sebaris

29. Jadual Gaji Sebaris (JGS) adalah dibentuk bagi menggantikan JGM sedia ada yang terpakai bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana.

30. Struktur JGS mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

30.1 matagaji mengikut susunan Tangga (T) dalam sebaris bagi setiap gred gaji.

30.2 bilangan Tangga (T) yang sama di gred gaji yang sama dalam semua Klasifikasi Perkhidmatan.

30.3 kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) yang sama bagi setiap gred yang setaraf dalam semua Klasifikasi Perkhidmatan dengan pola peningkatan KGT lebih baik berbanding gred lebih rendah.

31. JGS untuk skim perkhidmatan tetap adalah seperti di Lampiran C1 manakala JGS untuk skim perkhidmatan jumud di bawah SBPA adalah seperti di Lampiran C2.

Prinsip Pemindahan Gaji
32. Prinsip pemindahan gaji di bawah opsyen SBPA adalah daripada matagaji yang akhir diterima di gred gaji asal kepada matagaji tertinggi berhampiran dalam JGS, di mana perbezaannya tidak kurang daripada satu (1) Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal.

Kaedah Pemindahan Gaji Dan Tarikh Pergerakan Gaji

33. Bagi maksud pemindahan gaji ke JGS pada 1 Januari 2012, pegawai diberikan satu (1) Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal dan kemudiannya dipindahkan kepada JGS berdasarkan matagaji yang sama dan sekiranya tiada matagaji sama, penetapan adalah pada matagaji tertinggi berhampiran.

34. Bagi pegawai yang berada di matagaji maksimum jadual gaji asal, pegawai diberikan kuantum satu (1) Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal dan kemudiannya dipindahkan kepada JGS berdasarkan matagaji yang sama dan sekiranya tiada matagaji sama, penetapan adalah pada matagaji tertinggi berhampiran.

35. Pegawai yang tarikh kenaikan pangkatnya pada 1 Januari 2012 hendaklah diberi pemindahan gaji dari matagaji di gred hakiki kepada matagaji di gred setara SBPA terlebih dahulu dan seterusnya ditetapkan gaji permulaan di gred kenaikan pangkat berdasarkan prinsip kenaikan pangkat di atas gaji SBPA.

36. Contoh kaedah pemindahan gaji di perenggan 33, 34, dan 35 adalah seperti di Lampiran C3.

37. Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) tahunan iaitu pada 1 Januari, 1 April, 1 Julai dan 1 Oktober adalah dikekalkan.

38. Pemindahan JGM kepada JGS tidak mengubah TPG pegawai kecuali dalam keadaan berikut:

38.1 pegawai yang telah berada di matagaji maksimum pada 31 Disember 2011 akan diubah TPG kepada 1 Januari.
38.2 pegawai yang terlibat dengan pemindahan gaji daripada dua (2) atau lebih matagaji JGM kepada satu (1) matagaji baru yang sama di JGS. TPG pegawai ditetapkan kepada TPG baru.