KAEDAH-KAEDAH PEMBAYARAN BALIK PTPTN

KAEDAH PEMBAYARAN ADALAH SEPERTI BERIKUT: 


BIL
SALURANAGENSI/EJEN
1Kaunter
  • Ibu Pejabat PTPTN
  • One Stop Centre PTPTN, KL Sentral
  • Bank Islam Malaysia Berhad
  • CIMB Bank Berhad
  • Bank Simpanan Nasional
  • Pos Malaysia Berhad     
  • Ibu Pejabat LHDN                                                                 
2Potongan Gaji
  • Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
  • (Mulai 2015 tidak lagi melalui lhdn) terus melalui Jabatan Akauntan Negara)
3Perbankan Internet
4Laman Web PTPTN (e-FES) Melalui Financial Processing Exchange (FPX)
  • Bank Islam Malaysia Berhad
  • CIMB Bank Berhad
  • Public Bank Berhad
  • Maybank
  • Hong Leong Bank
  • RHB Bank
5Pengeluaran Wang Melalui Akaun II (KWSP)
  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)*

MAKLUMAN (Bagi Pembayaran di Kaunter Bank & Pejabat Pos) 
No. Akaun Penerima        : No. Kad Pengenalan Peminjam
Nama Penerima                : PTPTN-PEMBIAYAAN (No. Akaun PTPTN tidak diperlukan)
No. Bil/Kontrak/Rujukan  : No. Rujukan Surat Tawaran/ No Telefon Peminjam

Bagaimanakah caranya membayar balik pinjaman/ pembiayaan pendidikan menerusi potongan gaji? 

Jawapan:
Sila berikan maklumat kepada Bahagian Penguatkuasaan dan Kutipan Balik, PTPTN melalui aduan (http://icare.ptptn.gov.my)/ surat rasmi/ muat turun Borang Potongan Gaji daripada laman web PTPTN. Maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:
  1. Nama dan No. Kad Pengenalan peminjam.
  2. Nama,  alamat dan no. telefon majikan.
Nota:
Peminjam akan menerima sesalinan arahan potongan gaji daripada LHDNM kepada majikan.  Pembayaran balik menerusi arahan potongan gaji akan mengambil masa 1 hingga 3 bulan sebelum dapat dilaksanakan oleh LHDNM. Sementara itu, peminjam boleh membuat bayaran sendiri menggunakan kaedah bayaran balik yang lain untuk mengelakkan tunggakan ansuran.

Bolehkah saya membuat bayaran balik melalui pengeluaran KWSP dan apakah syarat-syaratnya?
Jawapan:
Boleh. Syarat-syarat bagi pengeluaran KWSP untuk tujuan bayaran balik pinjaman/ pembiayaan pendidikan PTPTN adalah seperti berikut:
Permohonan pengeluaran oleh Ahli sendiri:
Bagi pengajian Ijazah dan Diploma,  perjanjian pinjaman/ pembiayaan pendidikan adalah dari 2 Januari 2001 ke atas.

      II.           Permohonan pengeluaran oleh ibu/ bapa peminjam:
Bagi Ijazah, perjanjian pinjaman/ pembiayaan pendidikan adalah dari April 2000 ke atas.
Bagi Diploma,perjanjian pinjaman/ pembiayaan pendidikan adalah dari 17 Januari 2006 ke atas.

Bagaimanakah cara/ kaedah pengeluaran KWSP bagi tujuan pembayaran?
Jawapan:
Kaedah memohon pengeluaran KWSP adalah seperti berikut:
·         Pelajar perlu mengisi Borang Pengesahan Baki Pinjaman/ Pembiayaan (terdapat dalam laman web PTPTN)/ di kaunter Ibu Pejabat PTPTN dan di One Stop Centre, KL Sentral.
·         Lain-lain syarat dan perkara perlulah dirujuk terus kepada KWSP kerana KWSP mempunyai peraturan tersendiri mengenai kaedah memohon pengeluaran ini.